Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Felda Palong Timur 1 merupakan sambungan terhadap projek Rancangan FELDA Gugusan Palong. Tidak seperti kebanyakan tanah rancangan FELDA Gugusan Palong yang lain, FELDA Palong Timur 1 terletak di dalam kawasan pentadbiran Felda Wilayah Segamat, negeri Johor. Ia dinamakan sebagai "Palong Timur" kerana lokasinya di sebelah timur serta termasuk di dalam daerah Segamat. Bagi menampung pertambahan penduduk di Felda Palong Timur 1, sambungannya iaitu Felda Palong Timur 2 dan Felda Palong Timur 3 turut dibangunkan.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2024NADI-TINYTECHIES BERSAMA TABIKA KEMAS FELDA PALONG TIMUR 3
Aktiviti Terkini | 25 September 2024Memperkenalkan kepada pelajar tentang konsep sains dan teknologi dengan cara interaktif dan menyenangkan......................baca selanjutnya
STEM – ROKET KERTAS
Aktiviti Terkini | 5 Ogos 2024Tujuannya untuk melihat kreativiti membuat roket dan teknik membuat roket yang boleh terbang jauh......................baca selanjutnya
STEM – DIY SOLAR MINI CAR & FAN
Aktiviti Terkini | 5 Julai 2024Membantu memahami konsep sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik melalui pengalaman praktikal. .....................baca selanjutnya
SOFT SKILL – SPEED TYPING TEST
Aktiviti Terkini | 1 Jun 2024Memupuk minat mereka terhadap ICT dan dapat menjadikan NADI sebagai on-stop untuk meningkatkan kemahiran sama ada dalam bidang ICT, E-Learning dan sebagainya.....................baca selanjutnya
SOFT SKILL - PAINT
Aktiviti Terkini | 3 Mei 2024Mempelajari asas mengenai aplikasi Paint....................baca selanjutnya
BASIC ICT - PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
Aktiviti Terkini | 24 April 2024Membantu pemohon mengisi permohonan secara atas talian dengan melayari website https://www.mains.gov.my/agihan/...................baca selanjutnya
BASIC ICT - PERMOHONAN ONLINE
Aktiviti Terkini | 14 Mac 2024Bakal pengantin perlu membuat permohonan atas talian menerusi capaian ...................baca selanjutnya
PADU – PENDAFTARAN PADU KEPADA KOMUNITI FELDA PALONG TIMUR KERJASAMA ANTARA NADI FELDA PALONG TIMUR 1 DAN NADI FELDA PALONG TIMUR 3
Aktiviti Terkini | 28 Februari 2024Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bertujuan mengumpul profil individu dan isi rumah. Sistem ini mengintegrasi pelbagai sumber dan dikemas kini berkala...................baca selanjutnya
PADU – PENDAFTARAN PADU KEPADA KOMUNITI FELDA PALONG TIMUR
Aktiviti Terkini | 8 & 22 Januari 2024Tujuan utama program ini adalah untuk mengumpulkan profil individu dan isi rumah termasuk warganegara dan pemastautin tetap. .................baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya