PADU – PENDAFTARAN PADU KEPADA KOMUNITI FELDA PALONG TIMUR KERJASAMA ANTARA NADI FELDA PALONG TIMUR 1 DAN NADI FELDA PALONG TIMUR 3

Aktiviti terkini | 28 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Anjung Belia Felda Palong Timur 1 & NADI Felda Palong Timur 1.

Nama VIP :
• Pegawai Perangkaan Daerah Muar, Johor.

Ringkasan Aktiviti :
• PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.
• Seramai 73 orang komuniti Felda Palong Timur telah berjaya mendaftar PADU pada hari tersebut dengan kerjasama PEDi Felda Palong Timur 1, PEDi Felda Palong Timur 3 dan Pengurusan Felda Palong Timur 1.

Tujuan :
• Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bertujuan mengumpul profil individu dan isi rumah. Sistem ini mengintegrasi pelbagai sumber dan dikemas kini berkala.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Taklimat PADU dilaksanakan selepas aktiviti ROCALL bersama komuniti Felda Palong Timur 1 di Anjung Belia Felda Palong Timur 1.
• Setelah itu, kaunter PADU dibuka pada pukul 10.00 pagi – 4.00 petang yang dikendalikan oleh pegawai dari Pejabat Perangkaan daerah Muar, Johor dan sukarelawan yang dilantik.
• Laman sesawang bagi sistem pendaftaran PADU https://padu.gov.my/
• Individu hadir dengan membawa maklumat yang dikehendaki semasa pengisian PADU sama ada secara individu ataupun berkeluarga.

Kelebihan Aktiviti :
• Pengagihan bantuan seperti subsidi.
• Penambahbaikan sistem bencana dan krisis.
• Kesenjangan jaringan perlindungan sosial Masyarakat.
• Pengurusan belanjawan lebih strategik.
• Pemangkin transformasi digital kerajaan dan populasi penduduk menua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :