INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Pengenalan

Felda Palong Timur 03 telah di bangunkan dalam tahun 1985/1986 dan telah ditanam dengan tanaman Kelapa Sawit. Rancangan ini mempunyai 1 peringkat dengan bilangan peneroka seramai 202 orang keluarga. Keluasan kawasan tanaman ialah 851.36 hektar. Ia dinamakan sebagai "Palong Timur" kerana lokasinya di sebelah timur serta termasuk di dalam daerah Segamat.

Kemudahan asas yang disediakan termasuklah sebuah Sekolah Menengah, 2 buah Sekolah Rendah (sekolah rendah kedua terletak dalam kawasan Palong Timur 03), sebuah Surau dan sebuah pondok polis turut didirikan dan terletak dalam kawasan Felda Palong Timur 03.

Pelbagai pengalaman perit getir dilalui mereka ketika menjadi peneroka awal. Segala masalah dan kekurangan tidak menjadi halangan kepada mereka malah membakar semangat peneroka untuk terus berjuang dan berbakti pada tanah. Kini, Felda ini telah menyediakan pelbagai prasarana dan latihan kepada peneroka bagi memastikan generasi tersebut terus kekal di tanah rancangan. Kesepakatan dan kejayaan membuka kawasan penempatan seperti sekarang tidak hanya bergantung pada seorang sahaja tetapi kerjasama setiap peneroka menjadi kekuatan dalam memelihara dan membangunkan tanah rancangan Felda Palong Timur.

Rekreasi & Pelancongan

Dataran Segamat



Tarikan yang dibina pada tahun 1996 ini pada awalnya dikenali sebagai Padang Besar Segamat dan telah ditukar nama kepada Dataran Segamat.

Ia merupakan lokasi yang penting, di mana pernah menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada tahun 2005.

Jambatan Putus Buloh Kasap


Jambatan Putus Buloh Kasap yang turut dikenali dengan nama Broken Bridge ini menyimpan sejarah yang begitu berharga berkaitan dengan pertempuran sengit yang pernah berlaku di sini iaitu di antara tentera British dan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Jambatan yang menggunakan senibina kolonial British ini telah diletupkan oleh tentera British bagi melengahkan kemaraan tentera Jepun ke arah Selatan dalam usahanya untuk menawan Singapura.

Ketika tahun 1960 kerajaan mula mengambil langkah untuk membina sebuah jambatan baharu yang terletak berhampiran dengan lokasi ini. Jambatan yang diletupkan ini masih tersisa dan berdiri teguh di atas tapaknya, jadi anda bolehlah melihat kesan tinggalan sejarah ini.

Taman Bunga Batu Hampar


Taman Bunga Batu Hampar menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat , Rumah VIP dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja Johor yang menjadi tempat menginap setiap kali ada kerabat yang mencemar duli singgah di Segamat. Kalau anda sampai ke Segamat, jangan lupa untuk singgah di Taman Bunga Batu Hampar yang merupakan kawasan riadah yang menjadi tumpuan ramai pada awal pagi dan petang, terutamanya pada hujung minggu dan cuti.

Tempat Makan Menarik

Selera Nasi Beringin
Warong Empire Segamat
Warong Teh O Beng 50sen Gmay Ikan Bakar Sambal Petai
Cendol Segar Amat
Kemudahan Awam
Klinik Kesihatan Palong Timur
Masjid Al-Hidayah Palong Timur
Pendidikan
Sekolah Menengah (L.K.T.P) Palong Timur

Sekolah Menengah (L.K.T.P) Palong Timur mula dibuka pada 1hb Ogos 1994 dengan tenaga pengajar seramai 18 orang dan 253 orang pelajar yang dipindahkan dari Sekolah Menengah Palong 4, Negeri Sembilan. Sebanyak 7 buah kelas telah dibuka untuk menampung 3 buah kelas tingkatan 2 dan 4 buah kelas tingkatan 1. Pengasas sekolah ini adalah Tn. Hj Ismail B. Werdani yang telah bertungkus-lumus bersama-sama kakitangan sekolah untuk membangunkan sekolah pada masa itu.

Sekolah Rendah (L.K.T.P) Palong Timur

Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur 2 terletak di kawasan Felda Palong Timur 3. Sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur 2 kerana ia merupakan sekolah rendah yang ke2 didirikan di kawasan Felda Palong Timur.

Kisah Kejayaan

Muhammad Iqbal Bin Mohd Sollehin yang lebih dikenali sebagai Iqbal merupakan pelajar sekolah Menengah dan kini berusia 13 tahun. Beliau bercita-cita menjadi bomba apabila dewasa kelak.

Apabila berada di NADI dan mempunyai masa lapang beliau akan mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah beliau di NADI sebelum beliau bermain bersama rakan-rakan beliau. Selain itu, beliau juga rajin melayari internet bagi mencari maklumat mengenai pembelajaran beliau di sekolah.

Beliau telah mengetahui asas-asas yang terdapat pada Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point kerana sering mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh NADI Felda Palong Timur 3 dan sekaligus menjadikan beliau seorang ahli yang aktif di dalam NADI Felda Palong Timur 3.

Selain itu, apabila mempunyai program di PEDi beliau rajin melibatkan diri di setiap program yang dianjurkan oleh NADI Felda Palong Timur 3 ini. Bagi beliau apabila mengikuti atau hadir di program ICT seperti ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai ICT kerana pada masa kini pembelajaran di sekolah banyak yang melibatkan ICT dan beliau tidak mahu ketinggalan mengenainya.

Keusahawanan
Perkakas Perumahan/ Ternakan & Makanan


Nama : Eddy Arman Bin Yacob
No Telefon : 010-5317090
Shopee : By_eddy
Tiktok : @abang_aswad/ @eddyarman2
Email : eddyarman@gmail.com
Mula Perniagaan : Jun 2020

• Seorang anak peneroka generasi kedua Felda Palong Timur 3 yang dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan
• Pada setiap petang dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam, beliau akan ke kandang kambing beliau yang terletak di ladang kelapa sawit di dalam Felda Palong Timur 3 bagi melihat dan memberi makan kepada kambing beliau.
• Antara jenis perniagaan beliau adalah Perkakas Perumahan (Home Tools) seperti Lampu Solar, Mesin Potong Kayu, Water Jet Cordless dan pelbagai jenis lagi. Barangan Home Tools ini beliau akan menjualnya di laman sosial Tiktok beliau iaitu @abang_aswad secara ‘live’ dengan mempunyai seramai lebih dari 8ribu pengikut dan melebihi 20ribu kesukaan (Like).


Usahawan Makanan (Kuih Muih & Kerepek)


Nama : Tumilah Binti Roslan
Jenis Perniagaan : Produk Makanan
Facebook : Tumilah Roslan
No Telefon : 019-7839317

• Beliau dilahirkan di Batu Pahat dan merupakan seorang penerokawati yang sangat aktif.
• Beliau telah menjalankan perniagaan makanan ini pada usia muda tetapi mula serius pada tahun 2017
• Beliau merupakan AJK Kemas di Felda Palong Timur dan menjadikan jahitan juga sebagai salah satu sumber pendapatan beliau selain dari mengisi masa lapang apabila berada di rumah.
• Antara produk makanan yang beliau usahakan dan sering mendapat sambutan adalah seperti Kuih Peneram, Kerepek Pagoda, Kerepek Bayam Brazil dan juga Serunding Kampung.


Agent Dropship Barangan


Nama : Cik Zaleha Ani Binti Mahmood
Jenis Perniagaan : Agent Dropship
Facebook : Cik Zaleha Ani
No Telefon : 010-7818835
Platform Perniagaan : Facebook & Whatsapp

• Menjadi agent dropship barangan seperti Tupperware, Barang Kelengkapan Dapur dan Telekung.
• Sering melibatkan diri dalam program keusahawanan di NADI Felda Palong Timur 3.
• Memulakan perniagaan pada tahun 2018 dan menjadikan laman sosial sebagai salah satu platform untuk berniaga.