STEM – ROKET KERTAS
Aktiviti terkini | 5 Ogos 2024Tempat Aktiviti:
NADI Felda Palong Timur 3
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
• Peserta diberikan tutorial melalui YouTube mengenai cara membina roket kertas dan juga membina pelancarnya menggunakan penyedut minuman.
• Peserta mula membina roket kertas dengan menggunakan bahan – bahan yang disediakan oleh staf NADI.
• Bahan-bahannya ialah kertas warna, gunting, solatip dan straw.
• Peserta membuat penerangan tentang roket mereka dengan menyentuh tentang jenis daya yang digunakan dan juga kesan daya tersebut.
Tujuan :
• Tujuannya untuk melihat kreativiti membuat roket dan teknik membuat roket yang boleh terbang jauh.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk bijak berfikir menggunakan bahan – bahan yang disenaraikan bagi membina roket mereka
• Mereka dilatih untuk menjadi seorang yang lebih teliti agar tiada faktor ‘terlebih atau terkurang’ yang menyebabkan roket mereka tidak boleh terbang seperti faktor lubang pada sambungan penyedut minuman dengan saiz lubang roket yang terlalu besar di mana roket mereka tidak boleh memerangkap udara secukupnya sebelum dilancarkan.
Kelebihan Aktiviti :
• Peserta bmembuat satu roket kertas yang menggunakan udara dalam strawl sebagai daya tolakannya.
• Peserta boleh membuat kesimpulan bahawa daya tolakan adalah daya yang menggerakkan objek menjauhi kita.
• Peserta dapat menyatakan bahawa salah satu kesan daya iaitu daya boleh menggerakkan objek yang pegun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :