PADU – PENDAFTARAN PADU KEPADA KOMUNITI FELDA PALONG TIMUR

Aktiviti terkini | 8 & 22 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Palong Timur 3

Nama VIP :
• Pegawai Perangkaan daerah Muar, Johor.

Ringkasan Aktiviti :
• PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.
• Seramai 187 orang komuniti Felda Palong Timur telah berjaya mendaftar PADU pada 2 hari tersebut.

Tujuan :
• Tujuan utama program ini adalah untuk mengumpulkan profil individu dan isi rumah termasuk warganegara dan pemastautin tetap. Maklumat profil ini dikumpul melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber dan dikemas kini secara berkala. PADU direka untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar dan memastikan tiada penduduk yang tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain yang layak.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kaunter PADU dibuka pada pukul 10.00 pagi – 4.00 petang yang dikendalikan oleh pegawai dari Pejabat Perangkaan daerah Muar, Johor.
• Laman sesawang bagi sistem pendaftaran PADU https://padu.gov.my/
• Individu hadir dengan membawa maklumat yang dikehendaki semasa pengisian PADU sama ada secara individu ataupun berkeluarga.

Kelebihan Aktiviti :
• Memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui system ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :