NADI-TINYTECHIES BERSAMA TABIKA KEMAS FELDA PALONG TIMUR 3
Aktiviti terkini | 25 September 2024Tempat Aktiviti:
Tabika Kemas Felda Palong Timur 3
Nama VIP :
• Pn Rasnizah Binti Lahilo (Guru Tabika Kemas Felda Palong Timur 3)
Ringkasan Aktiviti :
• Memberi tahu kepada guru tentang tujuan utama program NADI-TinyTechies
• Memberikan keahlian percuma kepada pelajar Tabika Kemas sempena program NADI-TinyTechies.
• Memberi sedikit taklimat yang mudah untuk pelajar fahami mengenai NADI-TinyTechies.
• Menggunakan alat bantu mainan mini robotik (Lego) untuk pelajar belajar untuk memasang permainan tersebut.
Tujuan :
• Memperkenalkan kepada pelajar tentang konsep sains dan teknologi dengan cara interaktif dan menyenangkan
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti permainan yang melibatkan konsep asas sains dan teknologi untuk merangsang pemikiran kritis.
• Program ini disusun secara menarik dan menyeronokkan, menjadikan pembelajaran teknologi sesuatu yang mudah difahami oleh pelajar sambil memupuk minat yang berpotensi tumbuh dalam bidang STEM di masa hadapan.
Kelebihan Aktiviti :
• Mengembangkan Kemahiran berfikir secara logic dan kreatif dalam menyelesaikan masalah.
• Memperkenalkan tentang sains dan teknologi dari kecil dan ini memberikan mereka kelebihan pada masa hadapan.
• Aktiviti TinyTechies mendedahkan kanak-kanak kepada asas-asas STEM, yang boleh menanamkan minat mereka dalam bidang ini sejak awal. Ini boleh menjadi asas kepada minat yang lebih mendalam dalam sains dan teknologi apabila mereka semakin dewasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :